Tuesday, April 28, 2009

MASUM oh la la la

Sari berita penting:

UUM bersedia menjadi tuan rumah..

UNIVERSITI Utara Malaysia (UUM) sudah bersedia untuk menjadi tuan rumah temasya Sukan Majlis Sukan Universiti Malaysia (Masum) pada 14 hingga 28 Mei depan.

Temasya tersebut bakal disertai 20 institusi pengajian tinggi awam.

Ia akan mempertandingkan 22 acara yang akan dilangsungkan di pusat-pusat yang telah ditetapkan.

Pengarah Pusat Sukan UUM, Shafferi Rejab berkata seramai 8,000 peserta(im one of 8000) terdiri daripada atlet dan pegawai telah mengesahkan kehadiran ke temasya tersebut.

Menurutnya, selaku tuan rumah UUM sedang membuat persiapan sebaik mungkin bagi mempastikan temasya 15 hari itu berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

Beliau berkata, kejohanan ini akan berlangsung dalam tiga fasa iaitu fasa pertama bermula pada 15 hingga 22 Mei melibatkan permainan bola baling di Dewan MRSM, Jitra dan Dewan Kolej Matrikulasi Kedah, tenpin boling (Kedah Bowl Alor Setar), bola tampar (Stdium Tertutup Suka Menanti, Alor Setar), kriket (Padang SMK Sultan Abdul Halim, Jitra) manakala futsal, ping pong, tenis, karate, bola tampar, catur dan memanah di UUM.

Fasa kedua pula melibatkan acara hoki di Stadium Hoki Kompleks Hijau Kuning Alor Setar, boling padang (gelanggang boliang padang Wisma Darul Aman) dan silat olahraga, badminton serta ragbi di UUM pada 20 hingga 27 Mei.

Bagi fasa ketiga yang bermula dari 23 hingga 27 Mei pula melibatkan acara sofbol, bola tampar pantai, skuasy dan taekwando di UUM, sepak takraw di Dewan Wawasan Jitra, bola keranjang di Dewan Bola Keranjang Tunjang dan golf di Darul Aman Golf & Country Club.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dijangka merasmikan upacara pembukaan temasya tersebut pada 17 Mei di Stadium UUM.

Mengulas pemilihan UUM sebagai tuan rumah, Shafferi berkata, pemilihan ini dibuat oleh Masum berdasarkan kejayaan dan prestasi cemerlang universiti berkenaan menganjurkan acara-acara sukan sebelum ini selain kemampuan UUM menguruskan semua acara sekali gus.

Shafferi berharap kejohanan anjuran Masum dengan sokongan Kementerian Pengajian Tinggi ini dapat berjalan lancar tanpa sebarang masalah dan mendapat kerjasama daripada semua pihak.

Ihsan Fom Utusan Msia 27 April 2009.

p/s: im not ready yet to fight..

p/s/s: stil in mood of stdy but 2moro is my las paper "OSH in Chem Indstry"..HOORAY!!

p/s/s/s: manager n coach want UMP Tenpin Bowling TEAM 2009 to bag any colour of medal..OMG!!


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...