Thursday, August 13, 2009

AL-FATIHAH


Satu lagi kejutan menggegarkan industri hiburan tanahair apabila penyanyi utama kumpulan nasyid Rabbani, Ustaz Mohd Asri Ibrahim, 40, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 11 pagi tadi akibat serangan jantung di Pusat Perubatan Pantai, Kuala Lumpur.Arwah dikatakan meninggal dunia selepas jatuh pengsan semasa sidang media di Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kira-kira 10.30 pagi tadi.

Sememangnya Arwah juga adalah sebab mengapa irama nasyid terus bertahan sehingga kini kerana tidak pernah rasa lelah walaupun satu demi satu kumpulan nasyid terkubur.
Semestinya kita akan merasa kehilangannya dan suara merdu Allahyarham Ustaz Asri akan tiada penggantinya. Semoga roh Allahyarham diletakkan bersama-sama umat yang soleh di sisi Nya. Amin.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...