Wednesday, August 12, 2009

congrats to my fren..


GEORGETOWN: Kehidupan keluarga yang serba kekurangan tidak pernah mematahkan semangat pelajar cemerlang Universiti Sains Malaysia (USM), Ahmad Shahir Saleh, 22 (bulat tuh dye)untuk menggenggam segulung ijazah.

Malah, dorongan bapanya, Saleh Adam, 48, yang hanya bekerja sebagai buruh binaan, membantu Ahmad Shahir dipilih sebagai penerima Anugerah Pelajaran Diraja oleh Majlis Raja-Raja Malaysia (Pingat Jaya Cemerlang).

Ahmad Shahir muncul pelajar terbaik dalam semua lapangan, menerima anugerah itu pada upacara Konvokesyen Ke-40 USM, berlangsung hari ini sehingga 16 Ogos ini.

Pelajar Pusat Pengajian Sains Fizik dalam jurusan Sarjana Muda Sains Gunaan (Geofizik) itu dipilih sebagai penerima pingat selepas berjaya merangkul Anugerah Dekan bagi setiap semester sepanjang tempoh pengajiannya di USM.

Ahmad Shahir berkata, berikutan kejayaan dalam bidang akademik, dia ditawarkan untuk meneruskan pengajian ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) di USM, tanpa perlu melalui peringkat Sarjana.

Bagaimanapun, katanya, hasrat untuk meneruskan pengajian terpaksa ditangguhkan buat sementara berikutan dia perlu bekerja bagi membantu menampung kehidupan keluarganya.

“Saya bertuah kerana sebaik tamat belajar, saya ditawarkan bekerja dengan Petronas CariGali Sdn Bhd sebagai Geo Saintis dan berhasrat mengumpul wang bagi membantu keluarga sebelum menyambung semula pengajian.

“Ini kerana saya anak sulung daripada empat beradik dan dua lagi adik masih bersekolah sedangkan ibu dan ayah bukan orang senang,” katanya pada sidang media khas memperkenal graduan terbaik Konvokesyen ke-40 USM, di sini, semalam.
CONGRAT TO U SHAHIR.. HE'S MY FREN AT SECONDARY SCHOOL FORM 1-3.. HE'S REALLY BRILLIANT @ SCHOOL.. BUT ITS REALLY LONG TIME SINCE I MEET HIM.. WHEN? MAYBE FORM 4 KOT..JAP JE PN.. B4 I MOVE TO ANOTHER SCHOOL.. WANNA B LIKE HIM.. AMIN


3 comments:

Anonymous said...

Ni Shahir. Saya masih kat USM. Saya akan konvo Jumaat ni. Ni Izwan Zaman kan?..hehe.
Ini emel saya.
Kalau lapang emel lah. Bagi saya no izwan, saya akan emelkan no h/p saya nanti.=)

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
izwan khan said...

ok2..oh shahir..igt ag ek ak..olthou dh lame xjpe..by d way congrats la ye..
sure..i reach u thru ur email ok..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...