Monday, March 14, 2011

Sini Sinun Merong Mahawangsa


Nampaknya penangan Filem Hikayat Merong Mahawangsa oleh Yusry ni memang 1

fenomena.

Memang terbaik filem ni.Rugi sape yang tak tengok filem ni.


Hasil buatan anak tempatan bergenre Epic War.

Hikayat Merong Mahawangsa @ The Malay Chronicles : Bloodlines sangat hebat dan sangat

tak rugi untuk mengeluarkan RM10.

Bukan selalu anak watan buat filem bergenre ini dan kesan CGI yang hebat.

Kesan CGI yang di gunakan dalam filem ini sebanyak 1500 dengan kepakaran oleh 12 orang

anak tempatan.Jika di bandingkan dengan filem Hollywood dengan 1500 teknik CGI ini

mereka gunakan 300 orang.Jadi anak tempatan Malaysia memang hebat!


kalau aku nak ceritakan sinopsis filem ini pun korang sudah tahu kan.


Kenapa anda perlu menonton filem ini :

1. Filem terbaik Malaysia dari segi CGI
2. Dialog yang mantap terutama bahasa kiasan dia serta bahasa melayu lama
3. Lakonan yang mantap terutama dari Khir Rahman sebagai Kamawas [ boleh menang awards :)) ]
4. Filem Malaysia yang lain daripada yang lain. Bukan tipikal.
5. Babak pergaduhan yang awesome. Darah berterabur sana sini
6. Stephen Rahman sangat handsome (menurut kata-kata kawan saya).
7. Lakonan Ummi Nazeera sangat awesome walaupun keluar sekejap saje.
8. Boleh belajar sejarah kerajaan Kedah. [ terbaca juga komen seorang budak yang mengatakan ' mana ada Rom datang tanah melayu' ] [tak tahu sejarah mahu bangga diri]
9. Boleh buat anda menangis kalau anda seorang wanita yang over sensitif.[ di saat Merong mati ]
10. Skor muzik dia sangat best.[aku sangat suka skor muzik filem ini]

Kenapa anda TAK perlu tengok filem ini:

1. Kalau anda expect kualiti filem ini macam filem Gladiator/Pirates Caribbean/300.
2. Pertukaran babak ke babak yang dibuat macam nak tak nak.
3. Watak Puteri China sangat tak pandai berlakon.[tapi Ying Ying itew lawak jugak]
4. Pelakon extra yang terlalu keding dan terlalu buncit dan tak pandai berlakon langsung.[salah satu yang mencacatkan filem ini]
5. CGI time babak Merong guna cermin agak kelakar.

Tapi,aku percaya semua yang telah menonton filem ini bersetuju dengan aku yang filem ini best dan harus di tonton!!

dan pantun Lang kepada Merong semasa kecil sangat penuh erti :

"Sampai masa tibanya waktu
Redup hati kamu berdua
Bila dua jasad bersatu
Hidup mati jadi bersama"

'Mari tinjau sebentar di set lakonan filem ini'




Bagi Fiem ini Izwan Khan memberi 4/5 Stars untuk filem ini

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...