Tuesday, November 01, 2011
kesinambungan *matiler by Ferdi Ferragamo!
Tuesday, July 26, 2011
Woi dah lama la aku tak update blog gua.Habuk sangat!
Tuesday, March 29, 2011
Air ECPI = Air ECPaip / ECPbersepai
Berkemungkinan akan ada yang terasa hati dengan artikel ini, tapi kami berasa perkara ini sepatutnya tidak berlaku sekiranya Kementerian Dalam Negeri mengambil inisiatif untuk menyiasat sendiri sebelum meluluskan apa-apa syarikat Multi Level Marketing yang tumbuh bak cendawan sekarang ni.
Apa yang hebat sangat dengan air ECPI ni? Anda boleh baca pada gambar di atas kononya mereka menggunakan teknologi “Gelombang” atau nama penuh saintifik yang mengelirukan iaitu Electro Clustered Positive Ion Water.Gelombang taik kucing! Air berunsur H2O tetap berunsur H2O. Pancarkanlah apa-apa gelombang pun, unsurnya tetap sama.Soal melambatkan penuaan, itu cerita dah lama dari zaman nenek moyang lagi.
Minum banyak air masak memang boleh melambatkan penuaan.Selain itu, ia juga boleh memlihara kulit jadi lebih cantik dan halus.Zaman dulu, ada ke air-air gelombang mambang macamni? Sudah tentu takde, tapi orang-orang dulu kulit tetap halus juga, gebu(orang perempuan je!) Pakai bedak sejuk aje yeop!
Alkali
Memang le air minum alkali.Kalau asid, mau menggelegak tekak.Bocor air keluar kat leher.Kalau ada belajar sains, mesti korang faham air yang kita minum ni memang bersifat alkali.
Oksigen
Memang dah terang-terang dalam air ada unsur oksigen.Sebab tu kalau minum memang akan beri tenaga.Kalau duk pejabat atau memandu tapi mengantuk, fahamlah anda bahawa anda kurang oksigen dalam badan.Sebab tu menguap.Jadi, cara nak elak mengantuk dan sentiasa cergas, minumlah air masak secukupnya.Tak perlu nak minum Air ECPAIP ECPI ni.
Wah, cepat betul dapat title DR. ye tak sampai setahun.Habis tu, apa kejadahnya insan-insan cemerlang,gemilang, terbilang yang lain belajar macam nak rak sampai 6-7 tahun pastu berhempas pulas nak setelkan pinjaman pelajaran mereka tu pulak? Buat thesis bagai buat eksperimen bagai nak mati buat journal bagai nak rak!!! Kesian betul. jadi, sesiapa yang nak cepat dapat pangkat DR. tu, bolehlah pesan sebiji/sebuah/se ape2 la sijil dari universiti ini.Tak payahla nak belajar sampai mata rosak nak dapatkan pangkat DR tu.
Setelah disiasat, sememangnya universiti ini adalah universiti yang tidak langsung diberi kredit atau kelayakan.Erti kata nama lain.Universiti penipu.Berikut dibawah adalah di antara kenyataan-kenyataan tentang universiti yang dimaksudkan di atas.
sekarang memang banyak kes kut dapat title DR dengan cara mudah.Antara insan yang di ura-ura buat ni ialah jeng jeng jeng Fazley dan Azizan Osman ala pakar motivasi tu.ye ke tak ek? ermmm pikiaq la sendiri!!
Itu belum lagi kes pasal dapat title “SIR” tu.Tapi, dalam biografinya, pangkat SIR itu dapat lepas dapat anugerah Knight Commander dari universiti dimana Haji Amir Hamzah ni “belajar”. Bukan senang nak dapat pangkat SIR ni.Lebih-lebih anugerah yang Haji Amir Hamzah ni dapat memang tipu punya, jadi tak layaklah dia memakai Title Sir pada namanya.
Tapi bukan pangkat tu yang kami nak ceritakan, tapi lebih kepada penipuan dari pengasas baik dari segi akademik, mahupun produk ECPI keluarannya. Sampai TV3 pun ada Haji Amir Hamzah ini dijemput untuk mempromosikan produk air ECPI ini. TV3 tak buat kerja ke>Selidik dulu latar belakang?
Apa-apa pun, anda sebagai pembaca, buatlah penilaian sendiri.Kami hanya bantu untuk memperjelaskan kenyataan sebenarnya. Apakah pandangan anda mengenai air ECPI ini?
P.S. Ada sekali kami berjumpa dengan orang ECPI yang promosi airnya kepada kami.Katanya, dengan minum air ECPI ini, boleh berhenti merokok.
P.P.S. Dia buat demo letak sebatang rokok sebelah botol ECPI.Letak dalam 5 minit, lepas tu dia suruh kami hisap balik dan tanya samada rasa payau atau tidak rokok tadi.
P.P.P.S. Jawapan kami…Memang la payau kalau dah letak rokok tu kat luar.Bukan payau.Lemau.Rokok masuk angin!. Tak payah letak sebelah Botol ECPI pun takpe.Rokok letak kat luar memang lemau!
P.P.P.P.S. Damn! Air Zam Zam juga yang bagus pun.
Thursday, March 24, 2011
Dunia Politik Di Malaysia. Apa Sudah Jadi?
Monday, March 14, 2011
Sini Sinun Merong Mahawangsa
Kenapa anda TAK perlu tengok filem ini:
Tapi,aku percaya semua yang telah menonton filem ini bersetuju dengan aku yang filem ini best dan harus di tonton!!
dan pantun Lang kepada Merong semasa kecil sangat penuh erti :