Saturday, November 14, 2009

2012

review film 2012

ade org ckp cite ni "bestest movie ever"

cm plik je kn ayat nyer..

tp tgk preview pn mmg bes cite ni..



Dibintangi oleh:
John Cusack, Amanda Peet, Chiwetel Ejiofor, Thandie Newton dan Oiliver Patt

Genre:
Sains Fiksyen, Thriller

Ulasan:
Benarkah dunia akan musnah pada 2012? Dalam kalender bangsa Mayan, diramalkan bahawa pada 21 Disember 2012, bumi akan musnah sama sekali kerana pada tarikh itu akan berlaku penyelarasan galaksi. Selanjutnya peradaban manusia sekarang ini akan berakhir dan mulai memasuki peradaban baru.

Dengan bencana alam yang berlaku di sana sini sekarang ini, mungkin ada yang terfikir bahawa ramalan itu mungkin ada benarnya. Itulah kisah yang mahu diketengahkan oleh sutradara Roland Emmerich menerusi filem terbarunya ‘2012’. Siapa yang tidak kenal dengan Roland? Dia memang terkenal dengan filem-filem yang memaparkan kemusnahan bumi seperti ‘Independence Day’ dan ‘The Day After Tomorrow’.

Filem yang penuh dengan bencana alam seperti tsunami, letupan gunung berapi, gempa bumi dan taufan ini sarat dengan teknologi komputer tetapi ia kelihatan sempurna. Bagaikan ia benar-benar berlaku. Sebab itu filem ini meninggalkan impak yang cukup mendalam kepada penonton. Terutamanya kepada mereka yang mempercayai hari kiamat. Sekaligus, membuatkan kita terfikir bahawa bumi ini semakin ‘sakit’ dan suatu hari nanti pasti ia akan musnah jua.

Malah, sutradara filem ini turut menyelitkan nilai-nilai moral antara manusia. Paling jelas ketika adegan di mana Dr Adrian Helmsley memujuk semua pemimpin negara agar bersetuju membuka bahtera agar lebih ramai manusia dapat diselamatkan.

Tidak dilupakan nilai kasih-sayang sesama keluarga. Setiap insan dipaparkan sanggup melakukan apa sahaja demi menyelamatkan ahli keluarga sendiri.

Di awal filem, perjalanan cerita dibuat agak perlahan bagi membangunkan karektor-karektor yang terlibat. Malah, pada permulaan ini jugalah penonton diajak untuk melihat ‘keanehan’ yang terjadi pada tahun 2009 sehinggalah ke tahun 2012.

Tidak seperti filem-filem lain, ‘2012’ tidak menampilkan watak hero bagi menyelamatkan dunia. Semua pelakon memainkan peranan masing-masing bagi menjayakan filem yang mengambil masa dua jam 38 minit ini. (lame tuh cite ni)

Secara keseluruhan, filem ini perlu ditonton, terutama kepada anda yang sukakan filem-filem yang bercorak sains fiksyen.

Kisah ‘2012’ bermula dengan penemuan daripada saintis di India pada tahun 2009. Penemuan itu mendapati bumi kerak bumi mulai memanas dan perkara ini dimaklumkan oleh Satnam kepada sahabat baiknya, Dr. Adrian Helmsley (Chiwetel Ejiofor), seorang pakar Sains. Memasuki tahun 2012, keadaan bumi semakin ‘parah’ dan Dr. Adrian akhirnya mengambil keputusan untuk melaporkan masalah itu kepada Gordon Silberman (Tom McCarthy).

Menyedari betapa seriusnya masalah itu, Gordon mempertemukan Dr. Adrian dengan Presiden Amerika, Thomas Wilson (Danny Glover), yang kemudiannya memaklumkan perkara itu kepada semua pemimpin dunia. Bagaimanapun, maklumat tidak disalurkan kepada penduduk dunia walaupun malapetaka itu bakal meragut berbilion nyawa.

Sementara itu, Jackson Curtis, seorang penulis buku telah membawa anak-anaknya untuk berkhemah di sebuah taman negara. Setibanya di lokasi dia menyedari taman negara tersebut sudah menjadi zon merbahaya. Tidak memahami apa yang berlaku Curtis meneruskan percutian mereka dan secara tidak sengaja dia terserempak dengan Charlie (Woody Harrelson), seorang penyiar radio ‘gila’. Charlie memberitahu Curtis bahawa bumi akan musnah dalam sedikit masa, tetapi Curtis tidak mempercayainya.

Hanya selepas menyaksikan bumi merekah, barulah Curtis mula percaya dengan apa yang dikatakan oleh Charlie. Tidak ingin keluarganya cedera, Curtis mula mencari cara untuk menyelamatkan anak-anak dan bekas isterinya.

Info:
Filem yang mula ditayangkan pada 12 November ini menelan belanja sebanyak AS$200 juta (RM760juta).

jum p tgk..ngeeee

5 comments:

ijau said...

nak ikut...

Wan SheVa said...

-mas-

hahhaa...
terlmbt sudah..
dh p tgk smlm..
heh

Wai said...

pergh cite ni memang best giler...
masa tgk tu seran sejuk jugak la jantung...
terasa macam insaf bila tengok...
heheheh....
=)

Wan SheVa said...

-wai-

btl2..
bes gle cite neh..
berbaloi tok tgk olthou nk 3jam..
heh..
insaf la jugak..heh

Wan SheVa said...

-wai-

btl2..
bes gle cite neh..
berbaloi tok tgk olthou nk 3jam..
heh..
insaf la jugak..heh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...